Profil
Pengalaman merentasi sektor korporat, dasar awam dan pemikiran strategik. Bermula di McKinsey sebelum memimpin Destini Oil sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.
Kemudian berkhidmat dalam politik nasional selaku Naib Ketua Pemuda UMNO, Ketua Penerangan UMNO dan Pengarah Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri.
Kini kembali ke dunia korporat sebagai pengasas Watchtower Advisory dan Head of Southeast Asia di Bullhound Capital, di samping menggerakkan wacana awam melalui Keluar Sekejap.
Pendidikan
SMK Taman Bukit Maluri
Sekolah Menengah (2003)
University of Manchester
BSc, Economics & Politics (2008)
Bank Negara Malaysia Scholarship
London School of Economics
MSc, Race, Ethnicity & Postcolonial Studies (2011)
Chevening Scholarship
Pengalaman
2006 - 2008: Ketua Pemuda, Kelab UMNO Luar Negara UK
Memimpin organisasi anak muda UMNO di UK semasa pengajian.
2007 - 2008: Timbalan Pengerusi, United Kingdom & Eire Council for Malaysian Students - UKEC
Terlibat dalam kepimpinan pelajar Malaysia di United Kingdom dan Ireland, mewakili suara mahasiswa pada peringkat antarabangsa.
- Pengasas CEKU, majalah rasmi UKEC yang memberi tumpuan kepada penulisan dasar, komentar politik serta kritikan terhadap isu semasa.
- Pengasas Projek Amanat Negara (PAN) — platform tahunan wacana dasar bersama pemimpin negara.
2008 - 2010: Pegawai Dasar, Pejabat Parlimen Rembau
Permulaan kerjaya dalam penyelidikan dasar, politik dan operasi parlimen.
2011: Pengurus Penempatan, Teach For Malaysia
Mengurus penempatan peserta program transformasi pendidikan nasional.
2011 - 2014: Perunding, McKinsey & Company
Perunding strategi dan pengurusan merentas Asia Tenggara.
2014 - 2016: Ahli Parlimen Belia Malaysia
2014 - 2018: Ketua Pegawai Eksekutif, Destini Oil Services
Menerajui syarikat perkhidmatan minyak dan gas dengan operasi regional.
2014 - 2018: Exco Pemuda UMNO
Dilantik menjadi Exco dalam kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia
- Menjawat jawatan Pengerusi Biro Profesional Muda, Pemuda UMNO.
- Terlibat dalam Sesi Pendampingan Berkaitan Perjanjian Trans Pasifik (TPPA) untuk membincangkan tindakan patut diambil pihak Kerajaan sebelum TPPA mula dilaksanakan menjelang tahun 2017.
- Meneraju Simposium Pengurusan Ringgit, program yang menyediakan platform kepada peserta untuk melibatkan diri dalam sesi dialog bersama pakar kewangan untuk mempelajari pengurusan kewangan dengan lebih baik.
- Memperkenalkan Jom Belajar Koding, sebuah inisiatif yang dirangka khusus untuk memberikan pendedahan awal tentang dunia digital serta asas-asas pengaturcaraan.
- Menyelia program ProSkill, untuk meningkatkan kemahiran profesional anak muda, khususnya dalam komunikasi melalui latihan berstruktur pada pelbagai peringkat.
2017: Duta Transformasi Nasional 2050 (TN50)
2018: Ahli Majlis Tindakan Sara Hidup Negara
Memberikan pandangan dalam isu kos sara hidup dan kebajikan rakyat.
2018 – 2022: Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia
Memainkan peranan penting dalam menggerakkan agenda dan suara generasi baharu dalam UMNO.
- Merangka inisiatif ‘Sambung Yang Tergendala’, kerangka pemulihan ekonomi yang memberi tumpuan kepada jaminan pekerjaan dan jaminan pendapatan.
- Pengasas konsep dasar ‘Jaminan Kerja’, mencadangkan kerajaan menyediakan pekerjaan terjamin kepada rakyat jika sektor swasta tidak mampu menyerap.
- Dasar diterima kerajaan dan dilaksanakan sebagai program nasional, mewujudkan lebih 600,000 peluang pekerjaan melalui Belanjawan 2021 & PENJANA.
- Memperkukuh advokasi belia melalui cadangan Bank Pekerjaan nasional, pusat peningkatan kemahiran dan mekanisme akauntabiliti wakil rakyat.
2018 - 2020: Rakan Kongsi, IGV Partners
Fokus kepada pelaburan teknologi dan pembangunan syarikat pemula.
2021 - 2022: Pengarah Ekonomi, Pejabat Perdana Menteri
2023: Visiting Fellow, RSIS, NTU Singapore
2023 - KINI: Pengarah, WatchTower Advisory
Menubuhkan firma penasihat dasar dan perniagaan untuk pelabur Malaysia–ASEAN.
2024 – KINI: Hos, Subtext with Shahril
Mengasaskan program analisis politik dan ekonomi Malaysia.
2024 - KINI: Pengarah, Wahed
Berperanan dalam strategi pelaburan dan pembangunan pasaran.
2025: Young Leaders Circle Discussion (Asia Summit 2025)
perbincangan melibatkan pemimpin muda serantau untuk bertukar pandangan dan merumus idea strategik demi menangani cabaran masa depan.
Anugerah & Pingat
Hobhouse Memorial Prize 2011
London School of Economics and Political Science (LSE)
Young Global Leaders 2023
World Economic Forum (WEF)
Gen.T Leaders of Tomorrow (Malaysia) 2025
Tatler Asia
Skip to content