SH logo

EXCO PEMUDA UMNO | PENGERUSI BIRO PROFESIONAL MUDA

Shahril Hamdan merupakan ahli jawatankuasa eksekutif Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di mana dia mengetuai Biro Profesional Muda. Berusia 30 tahun, Shahril juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di Destini Oil Services, sebuah syarikat perkhidmatan minyak dan gas tempatan yang beroperasi di 5 buah negara sekitar Asia Tenggara dan Timur Tengah.

Shahril Hamdan, 30 years old, is an executive committee member of Malaysia UMNO Youth Movement where he leads the Young Professionals Bureau. He is also the Chief Executive Officer of Destini Oil Services, an upstream oil and gas services company that operates in 5 countries in Southeast Asia and the Middle East.

p1
FB_IMG_1465455104997

Sebelum ini, dia pernah bekerja sebagai jururunding strategi dan pengurusan di McKinsey and Company selama tiga tahun, pengurus penempatan di Teach For Malaysia selama beberapa bulan, dan menjadi pegawai dasar kepada YB Khairy Jamaluddin selama dua tahun—iaitu pekerjaan pertama Shahril sejurus selepas menamatkan pengajian sarjana mudanya.  Shahril merupakan lepasan jurusan Ekonomi di University of Manchester di bawah tajaan biasiswa Bank Negara Malaysia pada tahun 2008 dan dia meneruskan pembelajarannya di peringkat sarjana dalam bidang Etnik Kaum dan Kajian Pasca-kolonial di London School of Economics and Political Science dengan bantuan biasiswa penuh Chevening daripada Jabatan Luar dan Komanwel British.

Previously, he was a strategy and management consultant at McKinsey and Company for three years, a placement manager at Teach For Malaysia for a few months, and a policy officer to YB Khairy Jamaluddin for two years—Shahril’s first job immediately upon graduation. He graduated in Economics at the University of Manchester under a Bank Negara Malaysia’s scholarship in 2008 and completed his master’s degree in Race Ethnicity and Postcolonial Studies from the London School of Economics Political Science, upon receiving a full Chevening’s scholarship from the British Foreign and Commonwealth Office. 

Shahril tetap setia menyokong kelab bolasepak Newcastle United walaupun kelab tersebut belum berkesempatan lagi untuk memenangi sebarang gelaran liga Perdana Inggeris.

Shahril is a loyal supporter of Newcastle United FC, although the club has yet to win any Premier League titles.

0,,10278-9311573,00