bpmlogo
pemuda

BIRO PROFESIONAL MUDA | PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA

Biro Profesional Muda (BPM) adalah sebuah biro yang bernaung di bawah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) dan berperanan untuk memberikan khidmat bantuan kepada profesional muda di Malaysia dalam meningkatkan kemahiran insaniah  dan mengembangkan rangkaian profesional sedia ada.

Visi BPM ialah untuk menyediakan satu platform khas kepada para golongan profesional muda untuk mendapatkan pengetahuan dan pengalaman tambahan dalam meningkatkan tahap kebolehan mereka dalam dunia kerjaya. Selain itu, biro ini juga menjadi satu platform untuk anak muda berbincang mengenai dasar-dasar kerajaan yang mempunyai impak kepada mereka.

Dalam mendekati golongan profesional muda, kami telah menggariskan tiga tonggak utama iaitu:

Peningkatan kapasiti: Membantu dalam pembinaan kapasiti golongan profesional muda yang mampu meningkatkan potensi kerjaya mereka terutamanya dalam kemahiran keperibadian dan pengurusan kewangan.

Pendampingan: Memberi tumpuan kepada program-program pendampingan dan penglibatan bersama golongan profesional muda dalam mengenalpasti kebimbangan dan keperluan mereka.

Perangkaan dasar: Mencadangkan penambahbaikan dasar sedia atau dan dasar-dasar baru kepada kerajaan dan mengambil kedudukan dalam isu-isu tertentu dengan maklumbalas daripada golongan profesional muda.

Young Professionals Bureau (YPB) is a bureau under the Malaysia UMNO Youth Movement. We seek to help the community of young professionals especially in improving their soft skills and expanding their professional network.

YPB’s vision is to provide a special platform for young professionals to gain additional knowledge and experiences that could potentially help increase their employability. In addition, the bureau strives to become a platform where youths could dissect and discuss government’s policies which have direct impact on them.

In terms of engaging young professionals, we have outlined three main pillars:

Capacity building: Conducting capacity-building programs to help young professionals improve their career potential especially in soft skills and money management.

Engagement: Engaging with young professionals to identify their main concerns and needs.

Policy formulation: Suggesting improvements or proposing new policies to the government and taking positions in pertinent issues with feedback from young professionals.